Labels

Selamat melayari blog macam2sembang... Semoga info yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua. Segala komen dan idea dari anda adalah amat dialu-alukan. Terima kasih...
check also my online store and enjoy your shopping at http://virtualbiznes.blogspot.com !!!!!

Tuesday, May 3, 2011

Spaghetti seafood  

Bahan-Bahan:
1 bungkus spaghetti 


Bahan sos :
6 ulas bawang putih (cincang) 
4 biji tomato (dadu) 
1 tin sederhana tomato puree 
½ peket daging cincang 
Minyak untuk menumis 
Garam dan gula sebagai perasa 

3 biji bawang bombay (dadu) 
1 tin cendawan butang (hiris nipis) 
3 sudu pes cili (blender/beli siap) 
1 botol besar sos spaghetti 
5-6 ekor sotong putih saiz sederhana (dipotong) 
20 ekor udang putih saiz sederhana (dipotong dua) 
Cara:
1. Rebus spaghetti. Ikut arahan pada bungkusannya. 
2. Panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu besar. 
3. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. 
4. Masukkan pes cili dan goreng sehingga pecah minyak atau garing. 
5. Masukkan bawang bombay. Goreng seketika. 
6. Masukkan tomato dan goreng seketika. 
7. Masukkan tomato puree. Kacau. 
8. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga agak masak. 
9. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris. 
10. Kacau supaya rata dan masukkan sos spaghetti. Biar sehingga menggelegak. 
11. Masukkan sotong. Kacau sehingga sotong separuh masak. 
12. Masukkan udang. 
13. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
Cadangan Hidangan:
Masukkan spaghetti ke dalam pinggan dan sendukkan sos ke atasnya.
Tambahan:
Sotong dan udang perlu dimasukkan kemudian. Apabila telah dimasukkan, jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong dan udang akan keras atau liat. Jangan letak garam terlalu banyak kerana rasa masam akan menyebabkan rasa masin yang kuat.

0 comments:

Post a Comment